Terkenang daku... 3 "Ta"

10/13/08

Begitu pantas sekali masa berlalu, sudah hampir dua minggu kita menyambut Syawal. Alhamdulillah, penulis bersyukur kepada Allah diberikan kesempatan untuk merasai pengalaman menunaikan ibadah di bulan Ramadhan dan meraikan “kemenangan” (kembali kepada fitrah) di negara orang. Apabila diri sudah menjauh dari tanahair, pelbagai rasa menyentuh dan mengusik jiwa. Memang dugaan untuk insan yang sedang mengembara menimba ilmu. Al-maklumlah, ini pengalaman pertama berada di rantau orang, harus pandai membawa diri, lebih-lebih lagi di “department” penulis, tiada seorang pun pelajar program sarjana dari Malaysia. Yang ada adik-adik yang sedang menuntut dalam program ijazah pertama ataupun sahabat-sahabat yang sedang buat PhD. Sayu lah juga, sebab sorang-sorang dalam kelas.


Sahabat-sahabiahku,

Pada ketika ini lah hati mula terdetik, terindu-rindu, teringat-ingat, terngiang-ngiang, terkenang-kenang pengalaman ukhuwwah fillah bersama sahabat-sahabat seusrah. Orang puteh kata, “walk down the memory lane” lah ni... Sejujurnya, ada betulnya “proverb” ini – Absence makes the heart grows fonder. Itu lah, dah terhantuk, baru nak tengadah, bila dah jauh-jauh macam ni baru lah nak teringat pergi usrah, nak ‘commit’, nak jumpa adik-adik PSC dan macam-macam lagi... Ada peluang lagi kah???


3 “Ta” yang dirindui


Waktu zaman berusrah dulu, tak lekang di lidah ini, tiga “Ta” yang menjadi asas dan tunggak pembentukan usrah, Taaruf, Tafahhum dan Takaful. Tiga “Ta” ini lah antara perkara-perkara yang disentuh pada sesi pertama atau pengenalan usrah umum dengan harapan agar ahli-ahli usrah dapat menyemai rasa ukhuwwah dan saling membantu dalam apa jua keadaan. Rasanya tak perlu penulis ‘elaborate’ panjang lebar definisi ketiga-tiga perkataan tu, sebab rasanya kebanyakan yang datang baca entri kat blog ni, dengan izin Allah, mengetahuinya. Kalau ada yang dah terlupa tu, ringan-ringan kan lah tulang mencari Apa Ertinya Saya Menganut Islam, kalau takde bukunya, pdf file banyak di internet, klik sahaja! In fact, banyak buku haraki yang menyentuh secara terperinci kisah tiga “Ta” ni. In reading process, usually readers will bring in their background knowledge (knowledge of the world or things around them) to comprehend the text. Maaf lah ya, tersasar pula teman. (Nak mempraktikkan apa yang dipelajari, moga berguna, insyaAllah).



The main idea is, walaupun rukun tiga “Ta” itu nampak mudah dan kebanyakan ahli mampu mengingati definisi nya, tetapi hakikatnya untuk merealisasikan tiga “Ta” ini menuntut kesabaran, pengorbanan dan taqwa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketiga-tiga “Ta” ini juga saling berkait rapat antara satu sama lain, yang mana tanpa Taaruf, sahabat-sahabat tidak akan saling mengenal, maka lantai Tafahhum tidak dapat dibina dan langkah yang seterusnya adalah mustahil tanpa terlebih dulu adanya Taaruf dan Tafahhum!


Penulis masih ingat saat-saat manis bersama dengan sahabat-sahabat, mengendalikan program “latihan” bersama, diskusi modul program, menghabiskan waktu dengan adik-adik di surau -(kira-kira 5 hingga 6 tahun lepas masih bergelar Dataran), duduk-duduk bersama sahabat-sahabat di meja bulat setelah usai perjumpaan persatuan, menulis cerpen untuk Soutul haq, oh indahnya! Bunyi macam lagu Brothers lah pulak! Tujuan penulis membangkitkan kisah tiga “Ta” ini adalah untuk mengingatkan kepada diri sendiri (terutamanya) dan sahabat-sahabat akan keperluan untuk istiqamah dalam gerakan yang telah kita tanam, siram dan bajai selama ini.


Amanah bersama


Kita bersama mengharung badai, bersusah payah mencari anak benih dan kawasan tanah yang sesuai untuk menanam, setelah itu bersama-sama kita menyiram, membaja, sehingga tumbuh anak pokok yang akhirnya kian membesar. Tetapi sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian, tak boleh lah kita harapkan cahaya mentari dan air hujan sahaja untuk anak pokok kita ini membesar. Selagi anak pokok ini masih belum tumbuh subur dan menghasilkan buah, selagi itu lah kita harus terus menyiram dan membaja nya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Walaupun nanti anak pokok ini akan tumbuh subur dan menghasilkan buah, tanaman ini harus kita jaga supaya ia tetap menghasilkan buah yang harum dan lazat.


Kita semua tidak akan berpeluang untuk bersama di dalam sebuah gedung untuk selama-lamanya. Masing-masing ada haluan dan tujuan tersendiri. Tetapi kita harus terus mencuba untuk berdiri di landasan yang sama, dalam erti kata lain, meluangkan masa untuk menjenguk tanaman kita itu. Pelbagai cara dan mekanisme boleh diusahakan untuk merealisasikannya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Sahabat-sahabiahku sekalian, pada kesempatan yang masih tersisa ini penulis ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua. Moga ibadah kita diterima Allah, aamiin ya rabbal ‘alamiin! Segala yang baik itu datang nya dari Allah, dan kepada Nya kita pulangkan. Salam ukhuwwah fillah.


0 comments: